Showing posts with label sukan luar negeri. Show all posts
Showing posts with label sukan luar negeri. Show all posts

Friday, 11 July 2014

FIFA gantung Nigeria


Pasukan Nigeria tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan bola sepak antarabangsa selepas Fifa menggantung NFF.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) daripada terlibat dalam sebarang kejohanan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kecemasan Fifa selepas mendapati kerajaan negara tersebut mencampuri urusan NFF.

Ia juga merupakan tindakan susulan daripada keputusan Mahkamah Nigeria yang mendapati menteri sukannya telah memecat keanggotaan NFF dan kerajaan negara itu kemudian dilantik sebagai pentadbir tunggal bola sepak, tidak lama selepas pasukan kebangsaan mereka
kembali daripada saingan Piala Dunia di Brazil.

“Mengikut Perkara 13 dan 17 Statut Fifa mendapati sesebuah persatuan bola sepak perlu diuruskan secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga atau kerajaan,” katanya.


Perkembangan terbaru itu menyebabkan pasukan Nigeria tidak akan dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan di bawah Fifa.

Pertandingan paling hampir adalah kejohanan Piala Dunia Wanita dijadualkan pada 5 hingga 24 Ogos ini.

Untuk rekod, skuad bola sepak Nigeria pada saingan Piala Dunia di Brazil sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 pasukan selepas kalah kepada Perancis, 2-0 dalam perlawanan kalah mati itu. - Sinar Harian

Wednesday, 2 July 2014

PUASA bukan punca Algeria kalah


Essaid Belkalem (tengah) menenangkan Sofiane Feghouli sejurus tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia 2014.

PENJAGA gol Algeria, Rais M’Bolhi menafikan kekalahan 1-2 pasukannya kepada Jerman pada saingan kalah mati, awal pagi semalam bukan kerana rakan pasukannya berpuasa.

M’Bolhi yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut berjaya menghalang percubaan Jerman sebelum Andre Schuerrle dan Mesut Ozil menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan.
Algeria memperoleh gol sagu hati yang memberi sedikit harapan menerusi pemain gantian, Abdelmoumene Djabou beberapa minit sebelum wisel penamat.

Selepas menyerang balas Jerman dengan garang dalam tempoh 90 minit permainan tanpa jaringan, pemain Algeria kelihatan penat dalam masa tambahan tetapi M’Bolhi berkata, ia bukan disebabkan beraksi di bulan Ramadan.


Kebanyakan pemain Algeria dilaporkan sedang berpuasa dan hanya boleh minum air pada penghujung babak pertama perlawanan.

“Tidak, saya tidak fikir (itu adalah satu faktor), kami sudah bersedia untuk bermain dalam masa yang ditetapkan, tiada siapa yang percaya bahawa kami dapat mengekalkan prestasi seperti itu.

“Bukan soal fizikal, semua pemain mampu dan bersedia untuk bermain, kami hanya melepaskan dua gol pada lewat perlawanan.

“Ini adalah soalan peribadi, ia antara kami dan Tuhan. Saya tidak fikir saya perlu jawab soalan anda, puasa adalah satu perkara peribadi,” kata M’Bolhi. - Sinar Harian

Monday, 30 June 2014

Piala Dunia: Halilhodzic naik berang soalan bulan Ramadan oleh wartawan



Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic.
PORTO ALEGRE: Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic naik berang terhadap wartawan yang berulang kali mengajukan soalan sama ada pemainnya akan berpuasa di bulan Ramadan, sehari sebelum perlawanan pusingan kedua menentang Jerman. 

Algeria dijadualkan menentang juara dunia tiga kali itu di Porto Alegre, pada 4 pagi esok. 
“Tolong berhenti daripada bertanyakan saya mengenai Ramadan atau saya akan bangun dan beredar,” kata jurulatih kelahiran Bosnia itu. “Apabila kamu bertanya soalan, kamu kurang hormat dan saya mahu kamu fokus kepada bola sepak dan bukan perkara lain.



“Ini bukan kali pertama saya melatih pasukan yang memiliki pemain Muslim, saya juga seorang Muslim. Saya sentiasa membenarkan pemain-pemain saya untuk membuat keputusan mereka sendiri.” 

Pengendali berusia 61 tahun itu sebelum ini keras dikritik media dari Algeria apabila dituduh menasihatkan pemainnya supaya tidak berpuasa. 

“Malangnya, saya membaca beberapa surat khabar dan salah satu daripadanya, yang berterusan merosakkan imej saya dan mempersoal maruah dan integriti saya. Mereka memupuk kebencian dan permusuhan terhadap Vahid dan rakan-rakannya dan ia menjijikkan,” katanya. - AFP

Monday, 5 May 2014

TERBAIK !!! Skuad hoki negara cipta sejarah


Pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Ireland pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 2014 di Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan, malam ini. - Foto Bernama

MALAYSIA melakarkan sejarah dalam siri Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 apabila menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Ireland 4-2 pada perlawanan menentukan kedudukan di Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan, malam ini.
 
Walaupun gagal menepati sasaran ke final, namun pencapaian tempat ketiga merupakan yang terbaik selepas meraih tempat keempat pada edisi 2001 di Kuala Lumpur dan 2012 di Quilmes, Argentina.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-13 dunia, memulakan perlawanan dengan penuh bersemangat dan agresif untuk mendahului 2-1 pada babak pertama.
 
Malaysia membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan penalti yang disempurnakan oleh Ahmad Kazamirul Nasruddin sebelum Muhammad Rashid Baharom menggandakan jaringan menerusi gol padang pada minit ke-11.
 
Ireland, yang menduduki ranking ke-15 dunia, berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Paul Gleghorne pada minit ke-22.

Pada babak kedua, Ireland berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-43, hasil gol padang oleh pemain berpengalaman Chris Cargo.
 
Kegembiran skuad bimbingan Fulton Craig itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila kapten pasukan negara Azlan Misron menjaringkan gol padang pada minit ke-66.
 
Empat minit kemudian, Muhammad Firhan Ashari mengesahkan kemenangan negara menerusi jaringan gol padang.

 
Jurulatih negara Muhammad Dharmaraj Abdullah berkata walaupun gagal ke final beliau berpuashati dengan persembahan anak buahnya yang dilihat bersungguh-sungguh untuk mencari kemenangan.
 
Malaysia gagal mara ke final selepas diaibkan Kanada 5-4 menerusi pukulan penalti selepas terikat 2-2 pada aksi separuh akhir semalam.
 
"Semua pemain kecewa dengan kegagalan semalam namun mereka bangkit bermain secara bersungguh-sungguh pada malam ini biarpun Ireland berjaya menyamakan kedudukan.

"Hari ini pemain negara mampu mengekalkan fokus hingga tamat perlawanan apabila Malaysia kembali menguasai perlawanan pada babak terakhir perlawanan dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit," katanya.
 
Dharmaraj berkata, semangat tersebut yang diperlukan oleh pasukan negara bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, dari 31 Mei hingga 15 Jun ini.
 
Beliau berkata agak susah baginya untuk memilih barisan utama yang akan menggalas cabaran besar di Belanda nanti dan tidak perubahan yang mampu dilakukan oleh pasukan dalam masa singkat.
 
"Jika ada perubahan...mungkin hanya perubahan kecil kerana kita tidak cukup masa dan pilihan pemain," katanya.
 
Pada perlawanan penentuan sebelum ini, Jepun mengalahkan Poland 3-2 bagi merebut tempat ketujuh sementara New Zealand pula menduduki tempat kelima selepas mengalahkan Perancis 6-3. - Bernama

Saturday, 5 April 2014

MATI ketika cuba pecah REKOD DUNIA


222 penerjun dari 28 buah negara mengambil bahagian dalam lompatan ini.

ELOY - GERMAN. Cubaan sekumpulan penerjun payung terjun untuk melakukan lompat berformasi dan memecahkan rekod dunia berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka terbunuh.

Mangsa Diana Paris, 46, dari Berlin, Jerman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah payung terjunnya gagal terbuka sepenuhnya.


Jurucakap kumpulan World Team, Gulcin Gilbert berkata, kemalangan tiada kaitan dengan saiz kumpulan dan ia berlaku kerana kegagalan payung terjun.

Menurut suaminya, Diana telah melakukan 1,500 lompatan sepanjang kerjayanya sebagai penerjun payung terjun sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan NY Daily.

Sumber

Wednesday, 19 March 2014

BANGGA!!! Remaja Perak diuji kelab Australia



Muhamad Firdaus Saiyadi (dua dari kiri) menerima ucap selamat daripada Shahrul Zaman di terminal pelepasan LCCT, Sepang semalam sebelum berangkat ke Sydney Australia sambil diperhatikan ibunya, Zainun Mat Noor dan Saiyadi Bakir.

SEPANG - Bakat muda bola sepak negara semakin meraih perhatian pihak luar dan yang terbaru, bintang muda berusia 18 tahun kelahiran Akademi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Muhammad Firdaus Saiyadi, meraih kesempatan terbaik apabila ditawarkan menjalani latihan selama sembilan hari bersama kelab terkemuka Liga Australia (A-League), Newcastle United Jets.

Dia yang berlepas ke New South Wales semalam ditemani oleh ketua jurulatih Akademi PAFA, Marshall Soper, salah seorang yang bertanggungjawab membawa anak muda kelahiran Ipoh ini untuk menjadi anak Malaysia pertama beraksi dalam A-League.

Pengerusi Jawatankuasa Teknik, Pembangunan dan Pertandingan PAFA, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, kejayaan menghantar Firdaus ke Australia adalah hasil usahasama antara PAFA yang diketuai Presiden, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin selain bantuan Marshall yang mempunyai hubungan baik dengan pihak Newcastle Jets.

Malah, kemungkinan besar terdapat ramai lagi pemain muda berbakat dalam Akademi PAFA akan dibawa ke sana pada masa akan datang selepas ‘perjanjian pintar’ antara kedua-dua persatuan bola sepak itu dicapai bagi mengadakan usahasama dalam program pembangunan bola sepak.

"Firdaus adalah antara pemain muda terbaik PAFA yang kita fikirkan layak untuk menjalani latihan bersama Newcastle United Jets dan turut dipersetujui oleh Marshall kerana melihat potensi besar yang ada pada dirinya.

"Kemungkinan akan ada lagi pemain Perak yang akan ke Australia kerana menurut perjanjian persefahaman dengan Newcastle Jets, kami berjanji untuk membawa dua orang pemain berlatih di sana.

"Kami akan mengetahui jawapan sama ada dia terpilih atau tidak selepas lapan hari dia menjalani latihan di sana, sekiranya dia berjaya, skuad Piala Presiden Perak tidak keberatan untuk melepaskannya kerana ini adalah untuk kebaikan karier Firdaus bagi jangka panjang dengan mendapat pendedahan berkualiti tinggi," katanya ketika menemani pemergian Firdaus di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) Sepang, semalam.

Bermain di posisi tengah, Firdaus yang berketinggian 1.78 meter pernah mengganggotai pasukan Bawah 15 tahun kebangsaan dalam kejohanan Piala Premier Manchester United (MUPC) Asia 2011 di Bangkok, Thailand.

Menjadikan pemain tengah Sepanyol dan Barcelona, Andres Iniesta sebagai idola, Firdaus berjanji tidak akan mensia-siakan peluang diberikan dan memberi fokus selama sembilan hari menjalani latihan di sana.

"Sepanjang saya berada di sana, saya akan cuba mempelajari apa jua teknik serta corak latihan yang mereka perkenalkan dan menganggap ini sebagai salah satu peluang keemasa yang sukar untuk digambarkan, " katanya.

Newcastle United Jets buat masa ini membariskan dua pemain terkenal England, Emile Heskey yang pernah beraksi bersama Liverpool dan Aston Villa selain bekas pemain Leeds United dan Hull City, Michael Bridges.

Turut mengucapkan selamat jalan kepada Firdaus adalah ayahnya, Syahidi Bakir, yang berasa pencapaian yang dilakar oleh anak bongsu daripada lima beradik itu adalah paling membanggakan dan berharap dia pulang dengan kejayaan.

"Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan, saya tahu Stoper telah perhatikan Firdaus selama tiga tahun sejak 2011 lagi. Saya percaya dia mampu pergi jauh jika diberi pendedahan di peringkat tertinggi.

"Saya juga ada empat lagi anak lelaki dan mereka semua juga bermain bola sepak tetapi Firdaus nampaknya paling menyerlah. Sejak kecil dia menunjukkan minat begitu mendalam terhadap bola sepak, saya harap satu hari nanti dia akan menyarung jersi kebangsaan," katanya.

Sumber

MANCHESTER UNITED Dimalukan Juara Greece Olympiakos 2-0


Reaksi pemain Manchester United selepas pemain Olympiakos, Alejandro Dominguez menjaringkan gol pembukaan pada aksi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Karaiskakis stadium, Athens pada Selasa.

DALAM musim yang serba tidak kena untuk juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester United, mereka kini dimalukan pula oleh sebuah pasukan dari liga yang sub-standard dari Greece, iaitu Olympiakos 2-0 awal pagi tadi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Untuk membolehkan United layak ke suku akhir, dalam perlawanan kedua di Old Trafford pada 19 Mac nanti, mereka perlu menang 3-0. Ia adalah satu perjuangan yang sukar walaupun di tempat sendiri. Untuk mengatasi defisit dua gol bukanlah mudah.

Apa yang membimbangkan David Moyes dan para peminat United ialah dalam perlawanan ini, United tidak berpeluang bukan sahaja menjaringkan gol tetapi mencipta peluang gol.

Barisan tengah mereka kehilangan idea untuk mencipta peluang pun. Satu-satunya peluang yang mereka ada muncul pada saat-saat akhir apabila Chris Smalling melorongkan bola kepada Robin van Persie tetapi ia telah dipersia-siakan dengan sepakan yang tersasar jauh.

Dan sebaik sahaja Olympiakos memperolehi gol kedua mereka menerusi pemain yang dipinjamkan oleh Arsenal, Joel Campbell, Moyes dilihat tersandar lemah di kerusi tidak memahami mengapa pasukan yang menjuarai liga dengan penuh keyakinan musim lalu menjadi begitu serba tidak kena musim ini.

Dengan Juan Mata tidak layak bermain dalam kejohanan ini kerana telah mewakili Chelsea di peringkat awal persaingan tahun lalu, Moyes mengejutkan semua dengan menguggurkan Adnan Januzaj, yang telah bermain cemerlang dalam perlawanan menentang Crystal Palace hujung minggu lalu.

Dia juga meletakkan Shinji Kagawa di bangku simpanan dan meletakkan kepercayaan kepada Antonio Valencia dan Ashley Young untuk mengepalai kedua-dua sayap.

Moyes mengekalkan Rio Ferdinand untuk berpasangan dengan Nemanja Vidic. Begitu juga dengan Patrice Evra di sebelah kiri dan Smalling di kanan.

Tetapi kegagalan barisan tengah United untuk mengawal permainan menjadi punca kekalahan mereka.

Apabila mereka gagal menguasai bahagian tengah padang malah melepaskan begitu banyak bola kepada pasukan lawan ini bermakna Van Persie dan Wayne Rooney tidak mendapat khidmat hantaran yang membolehkan mereka mencipta peluang gol.

Sebaliknya seawal minit ke-38, gawang United bolos menerusi jaringan Alejandro Domínguez. United dihukum di atas kegagalan menguasai bahagian tengah padang.

Kemudian sekali lagi sembilan minit selepas separuh masa bermula, keadaan menjadi semakin kusut apabila Campbell dengan mudah meloloskan diri mengatasi Michael Carrick, lalu merembat dengan kaki kirinya untuk menewaskan David De Gea.

Moyes cuba mengubah rentak dengan memasukkan Shinji Kagawa mengantikan Tom Cleverley dan Danny Welbeck mengambil tempat Valencia tetapi ia masih tidak memadai untuk mengubah keadaan itu.

United pulang bukan sahaja dengan tangan kosong tetapi misi yang sangat sukar untuk mengatasi defisit dua gol.

Olympiacos: Roberto 7; Leandro Salino 6, Manolas 7, Marcano 6.5, Holebas 5; Maniatis 7, N'Dinga 6.5; Campbell 8 (Fuster 67, 6, Domínguez 7.5 (Machado 76, 6), Perez 5.5 (Valdez 86); Olaitan 6.5.

Simpanan Tidak Digunakan: Megyeri, Samaris, Papadopoulos, Bong.

Gol: Dominguez 38, Campbell 55.

Man United: De Gea 6; Smalling 4.5, Ferdinand 5, Vidic 6.5, Evra 6.5; Valencia 5 (Welbeck 60, 6), Carrick 6, Cleverley 5.5 (Kagawa 61, 5.5), Young 5.5; Rooney 6, Van Persie 5.

Simpanan Tidak Digunakan: Lindegaard, Büttner, Fellaini, Giggs, Hernandez.

SUMBER

Friday, 21 February 2014

TERBAIK!!! Feyenoord uji anak Malaysia

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



WAN KUZAIN Wan Kamal (kanan) bakal menjalani ujian dengan kelab terkemuka Belanda, Feyenoord pada hujung bulan ini.

KUALA LUMPUR - Tanggal 28 Februari ini bakal menjadi detik bersejarah buat anak Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal, yang kini menetap di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat apabila dia bakal menjalani latihan pemilihan selama sepuluh hari bersama pasukan gergasi Liga Eredivisie Belanda, Feyenoord.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ayahnya, Prof. Dr. Wan Kamal Wan Napi, yang berjaya dihubungi melalui Facebook semalam.

Katanya, ini merupakan peluang keemasan buat anaknya yang baru berusia 15 tahun itu mengembangkan karier bola sepak ke bumi Eropah selepas baru sahaja menjalani latihan bersama pasukan Bawah 17 Tahun Amerika Syarikat (AS) di Florida.

Pada waktu ini, katanya, Wan Kuzain sedang bernaung di bawah kelab St. Louis Scott Gallagher (SLSG) di Illinios, menjadi antara pemain utama kelab itu dan aksi cemerlang yang ditampilkan berjaya meletakkan dirinya antara 30 pemain yang disenarai pendek untuk menjalani pemilihan skuad Bawah 17 Tahun AS.

Menurut Wan Kamal, anaknya dianugerahkan bakat semulajadi yang begitu baik terutama skil menggelecek dan mengawal bola yang membuatkan jurulatih SLSG meletakkan Wan Kuzain ber-aksi di posisi tengah serta dianggap sebagai perancang dalam pasu-kan kerana mempunyai visi terhadap pergerakan permainan.

"Selepas Kuzain balik daripada latihan skuad kebangsaan Amerika Bawah 17 di Florida (persediaan Piala Dunia Bawah 17 tahun di Chile, 2015), jurulatih Kuzain percaya pemain ini mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia bola sepak.

"SLSG percaya Feyenoord adalah tempat paling sesuai untuk menggilap bakat Kuzain dan sebaik sahaja dia balik dari kem latihan di Florida, jurulatihnya terus menghantar profil peribadinya kepada Feyenoord yang berpengkalan di Rotterdam, Belanda.

"Kira-kira sebulan selepas itu Feyenoord telah mengeluarkan surat jemputan kepada Kuzain untuk menjalani latihan percubaan selama sepuluh hari bersama mereka di Rotterdam," katanya.

Menceritakan masa depan anaknya, Wan Kamal berkata, dia mahu melihat anaknya mengutamakan pelajaran terlebih dahulu dan menyambung pelajaran ke universiti sebelum bergelar pemain bola sepak profesional.

"Tidak mustahil untuk Kuzain menyarung jersi Malaysia pada satu hari nanti kalau mendapat tawaran daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) atau mana-mana pihak yang mampu berikan tawaran yang baik," katanya.

Berita mengenai pemilihan Wan Kuzain ke Feyenoord, kelab yang melahirkan beberapa pemain ternama Belanda seperti Robin van Persie dan Jonathan de Guzman turut dimuatkan di majalah dalam talian goal.com (versi Belanda) dengan pihak media negara itu melabelkan pemain berusia 15 tahun itu sebagai ‘Messi Amerika Syarikat’ dalam pembikinan.

Wan Kuzain mula aktif bermain bola sepak semasa berumur 4 tahun iaitu secara rekreasi di Carbondale dan pada usianya 11 tahun ditawar bermain dengan SLSG.

Kuzain menerajui SLSG untuk menjadi juara kejohanan bawah 14 tahun lelaki dalam Piala Juara NPL (National Premier League) yang dianjurkan persatuan kelab bola sepak Amerika Syarikat.

Sumber


Tuesday, 18 February 2014

'KHIANAT' bukan penyebab Schumacher jatuh

18 Februari 2014

Schumacher
Schumacher

PENDAKWARAYA Perancis yang menyiasat kemalangan membabitkan Michael Schumacher mengesahkan, tiada bukti  melibatkan salah laku dalam insiden itu dan siasatan kes telah ditutup.

Patrick Quincy berkata, keterangan dan maklumat yang diberikan pihak resort Meribel di mana kemalangan itu berlaku adalah mematuhi undang-undang Perancis, lapor BBC.

Pemain lagenda Formula 1 Jerman yang berusia 45 tahun itu telah dirawat di unit rawatan rapi selepas  kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis.

Penyiasat mendapati, batu yang menyebabkan beliau jatuh berada 10.4 meter (34 kaki) dari dari batu yang terhantuk di kepalanya.

Kedua-dua batu-batu lebih daripada 4 meter dari tepi trek ski itu.

Juara dunia tujuh kali itu ketika ini masih berada di hospital di Grenoble.

Jurucakap beliau berkata pada 30 Januari lalu, pasukan perubatan telah mengurangkan ubat pelali sebagai persiapan untuk membawanya keluar dari keadaan koma.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.

Sumber

Sunday, 16 February 2014

GEMPAR !!! AKIBAT TAK PAKAI BRA, PELUNCUR AIS MEMALUKAN DIRI SENDIRI


KEJAYAAN meraih pingat gangsa yang sepatutnya diraikan oleh peluncur ais Rusia, Olga Graf melalui Olimpik Musim Sejuk 2014 hampir menjadi detik yang memalukan buat dirinya, Ahad lalu.
Apa tidaknya, selepas sahaja tamat pertandingan, dia terus saja menarik zip sutnya tanpa menyedari yang dia tidak memakai pakaian dalam.
Mungkin terasa ada sesuatu yang ‘kurang’, Olga kemudian dilihat menyentuh dadanya sebelum reaksi wajahnya berubah menjadi terkejut.


Dia kemudian pantas memegang sutnya dan menarik semula zip tersebut.
“Saya benar-benar terlupa. Saya hanya mahu bernafas dan membukanya. Video ini mungkin akan tersebar di YouTube, tapi saya tak rasa ia terlalu teruk,” ujarnya.

BERITA MELETOP

Monday, 10 February 2014

Upcoming EPL Fixtures

Upcoming EPL Fixtures

Wednesday, Feb 12:
Cardiff v Aston Villa – 3.45am**
Hull v Southampton – 3.45am**
West Ham v Norwich – 3.45am**
West Brom v Chelsea – 4am**
Thursday, Feb 13: 
Arsenal v Man Utd – 3.45am**
Everton v Crystal Palace – 3.45am**
Man City v Sunderland – 3.45am**
Newcastle v Tottenham – 3.45am**
Stoke v Swansea – 3.45am**
Fulham v Liverpool – 4am**
Saturday, Feb 22:
Chelsea v Everton – 8.45pm
Arsenal v Sunderland – 11pm
Cardiff v Hull – 11pm
Man City v Stoke – 11pm
West Brom v Fulham – 11pm
West Ham v Southampton – 11pm
Sunday, Feb 23:
Crystal Palace v Man Utd – 1.30am**
Liverpool v Swansea – 9.30pm
Newcastle v Aston Villa – 9.30pm
Monday, Feb 24:
Norwich v Tottenham – 12am**
Saturday, March 1:
Everton v West Ham – 11pm
Fulham v Chelsea – 11pm
Hull v Newcastle – 11pm
Stoke v Arsenal – 11pm
Sunderland v West Brom – postponed
Sunday, March 2: 
Southampton v Liverpool – 1.30am**
Monday, March 3:
Aston Villa v Norwich – 12.30am**
Swansea v Crystal Palace – 12.30am**
Tottenham v Cardiff – 12.30am**
Saturday, March 8: 
West Brom v Man Utd – 8.45pm
Arsenal v Swansea – 11pm
Cardiff v Fulham – 11pm
Crystal Palace v Southampton – 11pm
Man City v Aston Villa – 11pm
Norwich v Stoke – 11pm
West Ham v Hull – 11pm
Sunday, March 9:
Chelsea v Tottenham – 1.30am**
Monday, March 10:
Newcastle v Everton – 12am**
** Denotes morning match
All matches in Malaysian time

EPL Results & Standing

EPL Results & Standings
Man United 2 Fulham 2
Tottenham 1 Everton 0
Liverpool 5 Arsenal 1
Aston Villa 0 West Ham 2
Chelsea 3 Newcastle 0
Crystal Palace 3 West Brom 1
Norwich 0 Man City 0
Southampton 2 Stoke 2
Sunderland 0 Hull 2
Swansea 3 Cardiff 0

English Premier League
 P GDPts
Chelsea252756
Arsenal252255
Man City254154
Liverpool253350
Tottenham25047
Everton251145
Man Utd251041
Newcastle25-237
Southampton25736
Swansea25-327
Hull25-527
Aston Villa25-927
Stoke25-1426
Crystal Palace25-1626
West Ham25-725
Norwich25-1825
Sunderland25-1324
West Brom25-823
Cardiff25-2521
Fulham25-3120

http://www.thestar.com.my/Sport/

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Keputusan Liga Perdana Inggeris


Manchester United 2 (Van Persie 78, Carrick 80) - Fulham 2 (Sidwell 19, Bent 90+4)