Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Friday, 6 June 2014

Henti monopoli kandungan TV


Sreedhar (kiri) dan Mohd Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

PENYEDIA  perkhidmatan rangkaian televisyen kabel Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABNxcess) menggesa campur tangan kerajaan dalam menghapuskan perjanjian eksklusif yang mengehadkan siaran kandungan penting televisyen seperti saluran pendidikan, dokumentari dan sukan kepada hanya sebuah stesen televisyen berbayar.

Perjanjian eksklusif ialah persetujuan antara stesen televisyen berbayar dengan pembekal kandungan yang menghalang kandungan itu dijual kepada stesen televisyen lain selama beberapa tahun, mengikut tempoh dipersetujui.

Ketua Pegawai Eksekutif ABNxcess Sreedhar Subramaniam berkata, campur tangan itu perlu bagi mengimbangi industri itu dengan pembangunan negara bagi menghasilkan masyarakat berasaskan pengetahuan.

“Sebagai pemegang lesen, kami (pengendali stesen televisyen) boleh diberitahu (oleh kerajaan) jika kami melakukan aktiviti yang mengurangkan persaingan (dalam pasaran).

“Kami boleh diberitahu yang walaupun kami bebas lakukan pelbagai perkara, ada perkara yang perlu dielakkan untuk kepentingan negara,” katanya dalam sidang media sempena tahun pertama operasi ABNxcess di Kuala Lumpur, semalam.

Sreedhar berkata, ABNxcess mempunyai matlamat memastikan kandungan televisyen termasuk pendidikan, dokumentari, berita dan program agama boleh diakses oleh rakyat dengan harga rendah.

Menurutnya, negara yang mengamalkan pasaran bebas seperti Amerika Syarikat turut mengenakan kawalan dalam industri televisyen berbayar mereka untuk mengelakkan monopoli kandungan.


Beliau berkata, ABNxcess bertemu kerajaan melalui beberapa platform berhubung isu itu dan kerajaan difahamkan sedang mengkaji perkara itu.

“Tentu sekali sebelum ini kerajaan pernah mengarahkan beberapa program (televisyen) disiarkan di beberapa platform berbeza tetapi kami cadangkan ia tidak hanya terhad kepada acara sukan sahaja,” katanya.

Menyentuh pelan perniagaan ABNxcess, Sreedhar berkata, syarikat itu menyasarkan 100,000 pelanggan sehingga akhir tahun ini, selain pelaburan RM2 bilion untuk menyediakan rangkaian kabelnya ke lima juta rumah di seluruh Malaysia menjelang 2017.

Menurutnya pada masa ini, perkhidmatan ABNxcess yang menawarkan siaran televisyen digital dan internet berkelajuan tinggi boleh didapati di beberapa kawasan di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Kajang sebelum dikembangkan ke Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi ABNcxess Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, dengan pengenalan Akta Persaingan yang dikuatkuasakan pada 2012, kerajaan dan pemain industri perlu melihat untuk memberikan akses kandungan televisyen kepada semua
orang berbanding sistem monopoli.

“Kami mencadangkan tapak persaingan yang lebih adil. Mengambil semangat Akta Persaingan, kita tidak patut menggalakkan eksklusiviti dan monopoli kandungan,” katanya. - Sinar Harian

Wednesday, 4 June 2014

REZEKI !!! Menyelam 7 meter demi kerang bulu


Kamaruddin menunjukkan hasil sauk yang diperoleh.

PARIT BUNTAR - Kerang bulu. Pastinya golongan muda masa kini bingung memikirkan apa yang membezakan kerang biasa dengan kerang bulu.

Di sebalik bentuk fizikal berbulu-bulu halus di seluruh cengkerang, kerang ini menerima permintaan sangat tinggi penggemarnya di seluruh negara.

Meskipun isinya sedikit liat berbanding kerang biasa, namun tidak menghalang penggemarnya untuk mendapatkan spesies siput itu dengan harga pasaran tinggi.

Faktor permintaan tinggi juga menyebabkan sebahagian kecil pencari siput dan kerang sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkannya, termasuk menyelam ke dalam dasar laut sejauh tujuh meter.

Di Kerian, permintaan terhadap kerang bulu amat menggalakkan terutama pada Ramadan sehinggakan terdapat ramai penternak kerang sanggup mengambil risiko menyemai benih anak kerang di sepanjang kawasan persisiran pantai Bagan Tiang dan Kuala Kurau, di sini.

Di Bagan Tiang, pencari kerang tradisional,  Kamaruddin Sulaiman, 44, berkata, dia mampu memperoleh hasil pendapatan lumayan dengan menjual siput dan kerang bulu.

Menurutnya, dia sanggup menggadaikan nyawa menyelam ke dalam dasar laut dengan kedalaman lebih tujuh meter bagi mendapatkan kerang bulu dan siput.

“Siput bayam dan kerang bulu biasanya hidup berdekatan malah sering ditemui bersama apabila nelayan menangguk di dasar laut.

“Seorang nelayan mampu memperoleh lebih dua kilogram kerang bulu pada musim pembiakan kerang bulu namun, bukan semua orang boleh melakukan pekerjaan menangguk kerang bulu berikutan perlu menyelam ke dasar laut tanpa menggunakan alat pernafasan selam,” katanya.


Kamaruddin berkata, bagi kebanyakan nelayan di sini, mereka lebih selesa menyelam berbanding menggunakan sauk panjang untuk menangguk dari atas bot.

Jelasnya, apabila menyelam, mereka dapat rasakan sendiri kewujudan lubuk kerang bulu berbanding menangguk dari atas bot yang tidak tentu hasilnya.

“Namun, risiko menyelam juga amat tinggi berikutan penyelam turut berdepan ancaman obor-obor.

"Justeru, kebanyakan kami memakai sut khas yang dibeli dengan lingkungan harga RM800 hingga RM1,300 untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Kamaruddin berkata, setiap hari dia mampu memperoleh lebih 50 kilogram hasil kerang bulu yang dijual terus kepada pemborong.

Bagi harga hasil laut itu, Menurutnya, siput bayam dijual antara RM 5 dan RM 6 sekilogram bergantung pada saiznya  manakala kerang bulu, dijual antara RM 1 sehingga RM 3 sekilogram.

“Harga kerang bulu dijangka akan meningkat dan selagi ada permintaan, selagi itu nelayan di sini akan mencarinya.

“Walaupun agak liat namun kemanisan isinya tetap mendapat permintaan yang tinggi di sini berbanding kawasan lain,” katanya. - Sinar Harian

Wednesday, 19 March 2014

KEJAYAAN!!! Najwa muda & berjaya

Oleh RAJA INTAN DIANNA
RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my


KEDUA-DUA kakaknya iaitu Rami Ilyanie (berdiri) dan Rami Syarafina (kiri) yang turut menjadi rakan kongsi Najwa banyak membantu dalam mengembangkan perniagaan.
MELIHAT kejayaan gadis yang sentiasa manis dengan senyuman ini pada usia begitu muda, pasti ramai yang menyangka dia mendapat ‘tajaan’ keluarga ataupun kerana pinjaman bank.

Manakan tidak, pada usia baru saja mencecah 22 tahun, pemilik nama Rami Zati Najwa Mohamad Kamarudin Hilmi sudah pun mempunyai perniagaan dan produk kecantikan sendiri.

Memiliki syarikat RHG Empire Sdn. Bhd. yang menawarkan perkhidmatan ‘dropship’ dan pengedar barangan kecantikan, Najwa juga kini mengorak langkah dengan menghasilkan produk kecantikannya sendiri iaitu RZN Beauty Resources yang semakin laris di pasaran.

Malah, dia sudah mampu bergelar jutawan muda dan kini syarikatnya pula mampu menjana pendapatan lebih RM50,000 hingga RM70,000 sebulan!

"Saya bermula dengan modal sebanyak RM500 sahaja hasil daripada menjaga anak-anak saudara saya seramai 12 orang dan menjadi ejen dropship pakaian kanak-kanak ketika saya berusia 18 tahun.

"Saya bermula daripada bawah. Saya menjadi ejen dropship, pembekal pakaian kanak-kanak, membuka syarikat sendiri dan kini bila rezeki bertambah saya memberanikan diri menghasilkan produk sendiri pula.

"Saya tahu pasti ramai yang beranggapan kejayaan saya sekarang hasil bantuan kewangan orang lain atas faktor usia, tapi hakikatnya ia semua hasil titik peluh sendiri.

"Sebab itu saya gemar merahsiakan umur sebenar saya kerana tahu persepsi orang terhadap orang berusia seperti saya," dedah Najwa ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Indah, Ampang, baru-baru ini.

Menurut usahawan muda ini, kejayaan yang dimilikinya hari ini bukanlah semudah yang disangka.

Daripada keazaman yang kuat dan usaha yang berterusan, dia berjaya bertapak dalam industri kecantikan yang semakin tinggi persaingannya.

Pernah ditipu pembekal beribu-ribu ringgit, ia tidak sesekali mematahkan semangat wanita yang berasal dari Machang, Kelantan ini.

Ceritanya, semuanya bermula dengan modal RM500 yang diperolehinya ketika menjaga anak-anak saudaranya serta sebagai ejen dropship pakaian kanak-kanak selepas SPM.

Daripada modal yang kecil itu, Najwa mula membeli stok sendiri secara pukul dan enam bulan kemudian dia berjaya mengumpul modal untuk ke China mengambil stok di sana pula.

Walaupun terpaksa menaiki bas untuk menghantar barangan ke pejabat pos setiap hari ketika itu, ia bukanlah halangan untuk Najwa terus berniaga.

Baginya ini semua bukan halangan sebaliknya sebagai pembakar semangat untuknya berjaya.

Hasil berdikit-dikit, akhirnya Najwa mampu membeli kereta sendiri ketika sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara Dungun dalam bidang pengurusan.

Ketika itu, dia berjaya menyeimbangkan antara perniagaan online dan pelajarannya malah mampu membuka dua kiosk wafel di sana.

Keluarga

Namun, semakin lama perniagaannya semakin mendapat sambutan membuatkan dia terpaksa memilih antara satu saja.

Keputusannya untuk berhenti belajar mendapat sokongan keluarga terutama ibunya melihat kejayaan anak muda ini.

"Bukannya saya tak mahu teruskan pengajian tapi waktu itu perniagaan online saya tengah ‘meletup’ dan saya terpaksa bercuti selalu untuk ke luar negara bagi mendapatkan stok.

"Tambahan pula waktu itu, pendapatan saya boleh mencecah RM5,000 hingga RM20,000 sebulan.

"Saya tahu saya sudah berada di jalan yang betul. Misi saya untuk terus memajukan apa yang saya mulakan dan tidak sesekali pandang ke belakang," ujarnya.

Namun pada tahun 2012, Najwa mengubah strategi perniagaan dengan menumpukan kepada produk kecantikan pula setelah melihat permintaan yang semakin tinggi.

Sekali lagi dia bermula daripada bawah, menjadi stokis produk orang lain dan menjualnya menerusi online.

Kemudian, dia menarik dua orang kakaknya iaitu Rami Ilyani dan Rami Syarafina untuk menjadi rakan kongsinya menubuhkan RHG Empire.

"Selain produk kami, saya juga turut menjual lebih 150 produk kesihatan dan kecantikan dibantu empat pekerja bagi urusan pesanan, pembungkusan serta penghantaran barangan.

"Walaupun saya majikan, namun bagi melicinkan operasi saya sering bantu menghantar barangan kepada pelanggan," katanya yang mempelawa sesiapa yang mahu menjadi stokis untuk menghubungi 0145117083 atau layari Facebook, RHG Empire Dropshipper.

Penjagaan wajah

Pemilihannya untuk fokus kepada penjagaan kecantikan kerana mengetahui pentingnya seseorang wanita berketerampilan menarik bagi meningkatkan keyakinan mereka.

Produk pertamanya iaitu FWS Skin Care terdiri daripada lima produk dalam setnya iaitu sabun pencuci wajah, krim UV siang, krim rawatan, toner dan serum emas.

Istimewanya produk berharga RM120 ini sesuai untuk semua jenis kulit, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dan mampu merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Sambutan hangat terhadap produk yang baru diedarkan menerusi Internet itu membuatkan Najwa tampil dengan produk kedua iaitu Advance Pure Serum yang berada di pasaran sejak awal Februari lalu.

Advance Pure Serum dirumuskan secara khusus dengan teknologi Perancis bagi mengembalikan keanjalan serta kehalusan kulit.

"Sebelum keluarkan serum ini, saya memberi beberapa orang mencubanya dan ramai yang berpuas hati dengan keberkesanannya kerana kesannya begitu ketara sekali setelah dua minggu menggunakannya.

"Bukan itu saja, sebelum ini wajah saya penuh dengan kesan parut akibat kemalangan jalan raya terutama di atas bibir saya yang mempunyai parut kesan jahitan.

"Syukurlah sejak gunakan serum ini kesan parut di wajah saya juga semakin berkurangan dan ramai yang menegur perubahannya," ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber

Friday, 21 February 2014

TERKINI!!! Facebook ambil alih WhatsApp RM62.66b

2014/02/21 - 04:45:02 AM


Facebook Inc akan membeli syarikat pemula yang mengendalikan mesej mudah alih, WhatsApp, pada pertimbangan AS$19 bilion (RM62.66 bilion) yang akan diselesaikan menerusi tunai dan saham.

Janji niaga bersejarah itu akan meletakkan rangkaian sosial terbesar dunia itu semakin hampir kepada paksi segmen komunikasi mudah alih, sekali gus menjadikannya lebih dekat dengan pengguna muda.

Facebook akan membayar AS$4 bilion (RM13.2 bilion) secara tunai, AS$12 bilion (RM39.6 bilion) saham dan AS$3 bilion (RM9.9 bilion) saham terhad yang boleh ditebus dalam tempoh beberapa tahun.

Kuasai pasaran khidmat mesej

Gerak kerja pengambilalihan WhatsApp membabitkan nilai yang lebih daripada yang diraih Facebook ketika membuat tawaran awam permulaan (IPO), sekali gus menzahirkan iltizam rangkaian sosial itu untuk turut menguasai pasaran khidmat mesej.

WhatsApp yang berpangkalan di Lembah Silikon adalah seperti ‘kisah pari-pari’ bagi sebuah syarikat pemula. Diasaskan imigran dari Ukraine dan tidak tamat kolej, Jan Koum serta lulusan universiti Stanford Brian Acton, pengguna aplikasi itu naik mendadak kepada 450 juta dalam tempoh lima tahun dan menokok kira-kira sejuta pengguna baru setiap hari.

“Tiada siapa lagi di dunia yang pernah mencapai prestasi sebegini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu taklimat media di San Francisco.

Sumber