Saturday 8 March 2014

PESAWAT HILANG: MAS Mula Hubungi Keluarga Penumpang


Pesawat MAS B777 -200

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata syarikat penerbangan itu telah mula menghubungi keluarga penumpang dan anak kapal untuk memastikan mereka sentiasa mendapat perkembangan terkini.

"Kami amat kesal apabila penerbangan MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 awal pagi ke Beijing terputus hubungan.

"Penumpang dalam pesawat itu terdiri daripada 13 warganegara berbeza dan kami telah mula menghubungi keluarga mereka," katanya.

Ahmad Jauhari berkata MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat mereka untuk mencari pesawat.

"Tumpuan syarikat penerbangan adalah untuk bekerjasama dengan pasukan kecemasan dan pihak berkuasa dan mendapatkan sokongan penuh dan syarikat penerbangan akan menyediakan kemas kini yang teratur tentang keadaan yang berlaku.

"kami sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap semua penumpang yang terjejas dan anak-anak kapal dan ahli keluarga mereka," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi +603 8777 5698 / +603 8787 1276.

Artikel Berkaitan
Tentera Laut Vietnam Sahkan Pesawat Terhempas Dalam Laut
Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)
PM Arah Lakukan Semua Yang Terdaya Untuk Kesan Pesawat Hilang
Insiden Kehilangan Pesawat MH370: Alat Pemancar Kecemasan Dikesan 300km Dari Pantai Vietnam
Kerja Mencari Dan Menyelamat Tertumpu Di Laut China Selatan
Laporan Pesawat Mendarat Di Nanning Tidak Betul
Pesawat Hilang: MAS Mula Hubungi Keluarga Penumpang
Penerbangan MH370 KL - Beijing Hilang, Putus Hubungan Radar Di Ruang Udara Vietnam

Sumber